Rutin Harian PKP

 Assalamualaikum dan salam perkenalan dari saya.  menulis  buat kali pertama di blog ,terasa berdebar pula. Sebagai seorang guru di sekolah rutin harian sangatlah padat walaupun semasa  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rutin harian dimulai dengan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR). bermula  seawal 8:00 Padi sehingga 12:30 tengah hari. Begitulah rutin bermula dari hari Isnin hingga Jumaat. Sebagai guru kita kena reda dengan semua rutin ini.

Sebagai seorang guru dan juga sebagai suri rumah, tugas rutin seperti memasak, membasuh dan        berkebun bunga juga dilakukan setiap hari,Tugas rutin seperti ini sudah menjadi darah daging. Cuma sebagai manusia biasa kita perlu  membahagi-bahagikan masa supaya tidak terbazir begitu sahaja. Sekarang saya sudah mula berjinak-jinak dengan penulisan kreatif secara berbayar melalui online.Saya sudah lama menyimpan impian untuk menjadi seorang penulis tapi belum kesampaian. Rakan-rakan tolong doakan saya agar impian saya ini tercapai suatu hari nanti.

Hingga jumpa lagi pada lain kesempatan.

Comments

  1. Wahh tahniah. Terbaik untuk permulaan. Semoga sukses dalam dunia penulisan blog dan bakal bergelar blogger. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabatku dunia akhirat....kena belajar banyak lagi ni.

      Delete

Post a Comment