Posts

HIDAYAH TELAH ADA SEMASA KECIL DI SEKOLAH RENDAH

 Assalamualaikum dan selamat berjumpa lagi kepada semua peminat blog Hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang pengalaman saya semasa di sekolah rendah iaitu di SRK Selupoh, Tuaran, Sabah. Saya mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah pada bulan Januari 1972. Dulu saya telah menceritakan kepada sahabat-sahabat semua bahawa saya tiada menduduki sekolah tadika sebab pada ketika itu belum ada tadika dibuka di kampung-kampung. Maka  persekolahan saya bermula terus ke darjah satu. Saya berumur tujuh tahun pada masa itu. Saya memang tidak sabar-sabar lagi mahu bersekolah kerana mahu belajar menulis, membaca dan mengira. Saya merasa begitu bertuah sekali kerana guru-guru yang mengajar saya di sekolah sangat berdedikasi dan tegas dalam menyampaikan ilmu. Semoga guru-guru yang mengajar saya sentiasa sihat hingga ke saat ini walaupun sudah ramai yang telah pergi ke negeri abadi. Semoga roh mereka tenang di sana.     Pada ketika itu pihak sekolah membenarkan orang yang bukan Islam mempelajari

SEKELUMIT KISAH SAYA SEMASA KECIL

Assalamulaikum semua...selamat berjumpa lagi. Ini adalah tulisan saya yang kedua dalam blog ini. Hari ini saya membawakan sedikit cerita tantang diri saya semasa kecil. Sebelum itu saya ingin memaklumkan bahawa nama saya sebenar sebelum memeluk Islam ialah Nurita Uging. Selepas saya memeluk Islam saya memilih nama Siti Mardziah Abdullah. Menurut ustaz yang mengislamkan saya nama ini sangat bermakna iaitu "yang diredai".Semoga saya dapat merelisasikan nama saya ini menjadi betul-betul diredai Allah dan sahabat-sahabat yang mengenali saya. Hari ini saya ingin mengimbau kembali sejarah hidup saya semasa kecil. Saya dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan memandangkan ibu dan bapa hanyalah bekerja sebagi petani. Pendapatan dalam bentuk wang ringgit memang susah. Walau bagaimanapun ibu dan bapa saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Adik-beradik saya seramai tujuh orang, empat lelaki dan 3 perempuan. Walaupun saya mempunyai kakak, saya tidak dapat merasakan kasih

Rutin Harian PKP

 Assalamualaikum dan salam perkenalan dari saya.   menulis  buat kali pertama di blog ,terasa berdebar pula. Sebagai seorang guru di sekolah rutin harian sangatlah padat walaupun semasa  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rutin harian dimulai dengan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR). bermula  seawal 8:00 Padi sehingga 12:30 tengah hari. Begitulah rutin bermula dari hari Isnin hingga Jumaat. Sebagai guru kita kena reda dengan semua rutin ini. Sebagai seorang guru dan juga sebagai suri rumah, tugas rutin seperti memasak, membasuh dan         berkebun bunga juga dilakukan setiap hari,Tugas rutin seperti ini sudah menjadi darah daging.  Cuma sebagai manusia biasa kita perlu  membahagi-bahagikan masa supaya tidak terbazir begitu sahaja. Sekarang saya sudah mula berjinak-jinak dengan penulisan kreatif secara berbayar melalui online.Saya sudah lama menyimpan impian untuk menjadi seorang penulis tapi belum kesampaian. Rakan-rakan tolong doakan saya agar impian saya ini tercapai sua