Rutin Harian PKP
Assalamualaikum dan salam perkenalan dari saya. menulis buat kali pertama di blog ,terasa berdebar pula. Sebagai seorang guru di sekolah rutin harian sangatlah padat walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rutin harian dimulai dengan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR). bermula seawal 8:00 Padi sehingga 12:30 tengah hari. Begitulah rutin bermula dari hari Isnin hingga Jumaat. Sebagai guru kita kena reda dengan semua rutin ini. Sebagai seorang guru dan juga sebagai suri rumah, tugas rutin seperti memasak, membasuh dan berkebun bunga juga dilakukan setiap hari,Tugas rutin seperti ini sudah menjadi darah daging. Cuma sebagai manusia biasa kita perlu membahagi-bahagikan masa supaya tidak terbazir begitu sahaja. Sekarang saya sudah mula berjinak-jinak dengan penulisan kreatif secara berbayar melalui online.Saya sudah lama menyimpan impian untuk menjadi seorang penulis tapi belum kesampaian. Rakan...